Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

179) GALAKAN TERHADAP PROGRAM PENGHIJAUAN TAMAN INDUSTRI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah langkah kerajaan bagi menggalakkan pelaksanaan Program Penghijauan Taman Industri seperti di dalam Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018 di kalangan pihak industri?

    Untuk makluman Ahli – Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberi tumpuan kepada 8 tindakan utama melalui Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018. Melalui Pelan Tindakan ini, Taman – Taman Industri Negeri Selangor akan terlibat di dalam Program Penghijauan Taman Industri.

    Program penghijauan taman industri akan melibatkan 4 komponen utama kecekapan tenaga, pengurusan sumber air terpakai, simbiosis sisa industry dan sistem penuaian air hujan. Program ini akan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan dan Industrial Park Management Committee (IPMC). IPMC akan dilantik sebagai penyelaras dan bertanggungjawab untuk melaporkan kemajuan program kepada Kerajaan Negeri Selangor.

    Program penghijauan taman industri ini akan membantu pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kecekapan penggunaan tenaga bagi kawasan industri dan membolehkan kadar pelepasan karbon bagi kawasan industri dikurangkan. Sehingga kini, PBT Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai inisiatif hijau bagi mengurangkan pengeluaran karbon di kawasan industri. Antara inisiatif tersebut adalah seperti berikut:-

    • Mensyaratkan kepada pemaju-pemaju kawasan industri untuk mengaplikasikan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH), penggunaan aplikasi yang cekap tenaga, produk tenaga diperbaharui dan menggalakkan pelaksanaan Green Building Indeks (GBI) didalam setiap kelulusan kebenaran merancang; (Semua PBT)
    • Melaksanakan Garis Panduan Pemberian Nisbah Plot bagi pembangunan baru dengan melaksanakan kriteria Green Building dan Low Carbon Cities Framework (LCCF); (MBPJ)
    • Menyediakan kemudahan panel kontraktor swasta bagi pelupusan sisa pepejal kepada kawasan industri sebagai langkah pengurusan sisa yang menyeluruh; (MBPJ)
    • Mensyaratkan pihak industri menyediakan kawasan hijau dengan penanaman pokok di kawasan kilang dan gudang; (MBSA, MPSJ, MPAJ, MPSP)
    • Menyediakan Geran Audit Tenaga; (MBSA)
    • Melaksanakan Anugerah Rendah Karbon kepada pemaju / syarikat industri yang mengamalkan aktiviti rendah karbon di premis; (MBSA)
    • Menubuhkan Jawatankuasa Taman Perindustrian (IPMC) yang bermesyuarat 4 kali setahun; (MPAJ)
    • Mengadakan kempen tanam pokok di kawasan industri; dan (MDKL)
    • Mensyaratkan dan menyediakan laluan pejalan kaki dan basikal di dalam kawasan industri. (MPK, MDKL)

Lampiran

Tiada Lampiran.