Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

187) GANGGUAN BEKALAN AIR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kes gangguan air akibat dari pencemaran sungai dari 2016-2018.

    Jumlah kes gangguan akibat pencemaran sungai yang memerlukan penutupan sementara loji bagi tahun 2016 – 2018 adalah seperti berikut:-

     

     

    Tahun

    Jumlah Kes Pencemaran menyebabkan hentitugas

    sementara Loji

    Jumlah Gangguan
    2016 16 kes 10
    2017 39 kes 1
    2018 82 kes 1

     

    • Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak dapat menetapkan sasaran sifar gangguan bekalan air. Untuk makluman, Air Selangor mengurus kawasan agihan bekalan air merangkumi keseluruhan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta mengendalikan sistem pembekalan air melibatkan pelbagai fasiliti antaranya termasuk tiga puluh empat (34) buah loji rawatan air, satu ribu lima ratus (1,500) buah kolam- kolam perkhidmatan dan dua puluh tujuh ribu lapan ratus (27,800) kilometer rangkaian paip

     

    • Gangguan bekalan air adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti penutupan loji ekoran pencemaran sungai, insiden paip pecah atau paip bocor yang memerlukan penutupan sementara bekalan disebabkan rangkaian paip yang berusia atau disebabkan oleh pihak ketiga yang menjalankan kerja- kerja pembinaan bangunan, lebuhraya, kemalangan yang menyebabkan kerosakan komponen rangkaian bekalan air seperti S-bend atau Air Valve yang dilanggar kenderaan dan lain-lain.

     

    • Sejak pengambilalihan pengurusan air oleh Air Selangor pada 2015, pelbagai inisiatif diambil bagi menambahbaik fasiliti dan peralatan sistem bekalan air bagi meminimakan impak gangguan kepada pengguna. Program penggantian peralatan sistem bekalan air yang berusia sedang giat dijalankan di bawah program CAPEX 2017 –

     

    • Turut tersenarai adalah pembinaan Stesen-stesen Pengawasan Sungai (River Monitoring Stations) di lokasi-lokasi strategik di hulu-hulu sungai bagi memantau serta pengawasan kualiti air yang menjadi sumber bekalan air mentah kepada loji-loji rawatan air. Pembinaan ini akan dimanfaat untuk memberi amaran awal kepada loji-loji dan pengoperasian agihan bekalan sekiranya sebarang pencemaran sungai dikesan di hulu sungai.

     

    • Empat (4) buah RMS (River Monitoring Station) dibina di Sungai Selangor dan Sungai Bernam dibawah program CAPEX 2017 dan sebelas (11) lagi akan dibina di bawah program CAPEX 2018 melibatkan perbelanjaan berjumlah sekitar RM12

     

    • Selain dari itu, program pengantian paip berusia di ‘hotspot’ yang telah dikenalpasti sedang giat dilaksanakan bagi mengurangkan insiden paip pecah dan gangguan bekalan air.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.