Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

174) GANGGUAN BEKALAN AIR BERTEKANAN RENDAH MASIH BERLAKU DI DUN MERU BERPUNCA DARIPADA PARAS KOLAM YANG RENDAH DENGAN KAPASITI 15 JUTA LITER AIR DI KOLAM NORTH HUMMOCK DAN 19 JUTA LITER AIR DI KOLAM LAM BEE

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah purata semasa juta liter air masuk, keluar dan baki paras setiap kolam sehari?

    Purata semasa juta liter air masuk dan keluar setiap kolam sehari adalah seperti berikut;

     

    • Kolam North Hummock : 15.0 juta liter sehari
    • Kolam Lam Bee : 4 juta liter sehari

     

    Kolam Lam Bee merupakan Kolam Imbangan yang membekalkan air ke Kolam Bukit Rajah, Kolam Bukit Lipat Kajang dan kolam-kolam kecil di sekitar kawasan Kapar Meru. Ia berfungsi sebagai kolam simpanan untuk kawasan Meru dan Kapar di mana kawasan-kawasan yang dinyatakan menerima bekalan air secara terus dari Kolam Lam Bee.

    Kolam Lam Bee mempunyai dua (2) kolam utama iaitu kolam A dan kolam B, dan setiap kolam mempunyai dua (2) petak simpanan. Bacaan baki paras minimum kolam setiap hari adalah seperti berikut:

     

    Kolam A 

    • Petak 1 : 1.70 meter
    • Petak 2 : 1.49 meter

     

    Kolam B

    • Petak 1 : 0.10 meter
    • Petak 2 : 0.90 meter

     

Lampiran

Tiada Lampiran.