Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

79) GANGGUAN BEKALAN AIR DI CHERAS HARTAMAS

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan statistik gangguan bekalan air di Cheras Hartamas pada Januari 2018 hingga Jun 2020.

    Statistik gangguan bekalan air di Cheras Hartamas pada Januari 2018 hingga Jun 2020 adalah seperi berikut:

    No Gangguan Bekalan Air Berjadual 2018 2019 2020
    (Jan-Jun)
    1 Kerja-kerja pencucian paip agihan menggunakan kaedah ‘pressurized cleaning’ 4 1
    2 Kerja-kerja penyambungan paip air (pengalihan paip) 1
    3 Kerja pencucian kolam air 1
    Jumlah 0 5 2

    Air Selangor akan memberikan notis kepada semua pengguna di Cheras Hartamas sebelum memulakan kerja-kerja yang dijadualkan, supaya pengguna bersedia dan dapat menyimpan air secukupnya.

    No Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual 2018 2019 2020
    (Jan-Jun)
    1 Paip Pecah & Paip Bocor 4 9
    2 Kerosakan pam Loji Rawatan Air Sg Langat 3
    3 Penurunan Paras Air Kolam 2 3
    Jumlah 4 14 3

    Terdapat 4 gangguan tidak berjadual di Cheras Hartamas pada 2018 disebabkan paip pecah dan bocor. Peningkatan pada 2019 dengan 14 gangguan disebabkan paip pecah, bocor, kerosakkan pam di loji dan penurunan paras kolam. Manakala sepanjang Januari-Jun 2020, terdapat 3 gangguan melibatkan penurunan paras kolam.

Lampiran

Tiada Lampiran.