Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

260) GARIS PANDUAN MENARA TELEKOMUNIKASI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan mempunyai garis panduan menara telekomunikasi yang mengunakan tanah surau atau masjid untuk perniagaan mereka

    a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 24/2012 pada 27 Jun 2012 telah meluluskan supaya Garis Panduan Pembinaan Struktur Telekomunikasi di Negeri Selangor diguna pakai sepenuhnya di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, bagi permohonan pembinaan menara yang menggunakan tanah surau atau masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah mengeluarkan satu garis panduan yang bertajuk Garis Panduan Penyewaan Tapak-tapak Di Bawah Kawalan Pengarah JAIS untuk diguna pakai.

     

    JAIS

     

    JAIS menggunakan Garis Panduan Pembinaan Struktur Sistem Pemancar Telekomunikasi Di Negeri Selangor. Bagi sewaan tapak, JAIS menggunakan Garis Panduan Penyewaan Tapak-tapak di bawah kawalan Pengarah

     

    Sewaan tapak yang dikenakan oleh JAIS adalah sebanyak RM 2750.00 setiap tapak di mana 30% dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Sewaan Pembangunan Tanah JAIS (TASPEM) dan 70% dimasukkan ke dalam akaun surau/ masjid dan sekolah

     

    Jumlah institusi yang terlibat adalah seperti berikut:

     

    Bil. Institusi Jumlah
    1. Masjid 136
    2. Surau 220
    3. Tanah Perkuburan 3
    4. Sekolah 7
      JUMLAH KESELURUHAN 366

     

Lampiran

Tiada Lampiran.