Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres Kepada Asrama Pelajar/AirBnB
60) Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres Kepada Asrama Pelajar/AirBnB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status penggubalan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar/AirBnB.
Pada 13 Oktober 2020, MBSA telah membentangkan cadangan Garis Panduan yang memfokuskan kepada Asrama Pekerja dan Pelajar di Negeri Selangor dan MBPJ telah membentangkan Garis Panduan Bagi Menjalankan Aktiviti Penginapan Komersial di Bangunan Kediaman (AirBnB) di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bil. 3/2020 yang di pengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han. Mesyuarat tersebut secara dasarnya tiada halangan dengan pembentangan tersebut namun perlu mengambil kira pandangan yang dibangkitkan sebelum dibentangkan di ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk kelulusan digunapakai di Negeri Selangor.
