Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

53) GARIS PANDUAN (SOP) PEMILIHAN HOTSPOT BAGI PENGGANTIAN PAIP USANG

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Garis Panduan (SOP) untuk Air Selangor semasa memilih kawasan hotspot bagi penggantian paip usang yang sering pecah/ bocor?

    Pemilihan kawasan hotspot program penggantian paip usang adalah berdasarkan analisa rekod kekerapan paip pecah. Kekerapan paip pecah ini akan dinisbahkan dengan anggaran panjang paip yang terlibat untuk tempoh satu (1) tahun bagi mendapatkan ratio bilangan kes paip pecah per kilometer per tahun (burst/km/year).

    Lebih tinggi nisbah sesuatu jalan bermaksud paip yang terlibat adalah lebih kritikal untuk penggantian paip dan berada dalam senarai teratas di dalam senarai keutamaan. Analisa ini dibuat secara berterusan dan senarai keutamaan ini dikemaskini setiap tempoh enam bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.