Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

94) GAYA HIDUP SIHAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan dalam memastikan warga Selangor sihat dan bebas daripada penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung?

    Pihak kerajaan amat prihatin akan masalah penyakit kronik yang berkaitan dengan gaya hidup ini. Pada tahun 2010 yang lalu satu Plan Strategik Kebangsaan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit telah dilancarkan dan ia mencakupi 7 strategi utama iaitu:

    1. Promosi dan Pencegahan
    2. Rawatan Klinikal
    3. Meningkatkan komplian pesakit (patient compliant)
    4. Bekerjasama dengan NGO, Badan-badan Profesional dan agensiagensi lain.
    5. Pemantauan, kajian dan survelan
    6. Bina Insan (Capacity building)
    7. Intervensi polisi dan peraturan (Pelaksanaan di peringkat kementerian)

    Sehubungan dengan itu, perkhidmatan kesihatan di  Negeri Selangor telah merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti mengikut plan strategi ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

    1. Promosi dan Pencegahan pemyakit tidak berjangkit ini:

    Penyampaian maklumat berkaitan penyakit-penyakit tidak berjangkit dilaksanakan menerusi program-program promosi kesihatan berikut bagi memastikan maklumat cara hidup sihat sampai ke kumpulan sasar:

    1. “setting” sekolah rendah menerusi Kelab Doktor Muda
    2. “setting” sekolah menengah menerusi kelab PROSTAR
    3. “setting” institusi pengajian tinggi menerusi PROSIS (Program Siswa Siswi Sihat)
    4. “setting” komuniti menerusi COMBI dan NCDP1M.
    5. Hebahan maklumat penyakit tidak berjangkit dilaksanakan dari masa ke masa oleh Selangor.Fm dan laman web infosihat dan myhealth.
    6. Setiap daerah diwajibkan untuk melaksanakan aktiviti promosi dan pengesanan penyakit NCD melalui program NCDP1M (Noncommunicable Disease Prevention Program 1 Malaysia) dan COMBI (Communication for Behavioural Impact) Cara Hidup sihat yang disasarkan kepada komuniti samada di kampung-kampung ataupun di taman-taman perumahan. Terkini terdapat 19 COMBI Cara Hidup Sihat dan 26 projek NCDP1M di seluruh negeri Selangor.
    7. Rawatan Klinikal

    Perkhidmatan kesihatan untuk penyakit NCD disediakan dan dipertingkatkan di semua fasiliti kesihatan (klinik kesihatan dan hospital) di negeri Selangor. Terdapat 10 hospital dan 60 klinik kesihatan di seluruh negeri Selangor.

    1. Meningkatkan komplian pesakit (patient compliant)

    Pesakit-pesakit kronik seperti Diabetes dan Hypertension diberi temujanji mengikut ketetapan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Antara perkara yang dititikberatkan dalam kawalan Diabetes dan Hypertension adalah kepatuhan pesakit kepada pengambilan ubatubatan dan cara pemakanan dan aktiviti fizikal mereka. Pesakit-pesakit ini juga diberi pendidikan kesihatan dan tunjukajar untuk kawalan kendiri penyakit diabetes atau hypertension.

    1. Bekerjasama dengan NGO, Badan-badan Profesional dan agensiagensi lain.

    Pihak Jabatan Kesihatan negeri Selangor bekerjasama dengan komuniti, agensi bukan kerajaan seperti PUSPANITA & kelab warga emas, agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran untuk projek-projek intervensi NCDP1M.

    1. Bina Insan (Capacity building)

    Latihan “Post Basic” bagi paramedik dalam pengendalian penyakitpenyakit kronik diadakan dua kali setahun. Di peringkat negeri, latihan sangkutan ke Hospital Putrajaya dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah diadakan untuk meningkatkan kualiti pengendalian pesakit diabetes.

Lampiran

Tiada Lampiran.