Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

283) GAZET JALAN DAN MARRIS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah masih terdapat jalan-jalan di Selangor yang belum didaftarkan bagi tujuan peruntukan MARRIS dan apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

    Masih terdapat lagi jalan-jalan negeri yang belum didaftarkan oleh agensi-agensi pelaksana. Bagi mengatasi masalah tersebut, JKR Selangor mengambil beberapa pendekatan, antaranya seperti;

    • Bengkel pemutihan data MARRIS
    • Mesyuarat penyelarasan data MARRIS
    • Bengkel mencerap jalan menggunakan alat GPS yang
    • Bengkel perkongsiaan ilmu mencerap jalan menggunakan teknik ‘digitizing’ melalui Google
    • Bengkel perkongsiaan ilmu penggunaan perisian MapInfo sebagai database jalan untuk setiap

Lampiran

Tiada Lampiran.