Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

56) GEJALA RASUAH MASIH BERLELUASA DI KALANGAN PEGAWAI-PEGAWAI MAJLlS DAERAH/PERBANDARAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak Lima (5) tahun kebelakangan ini berapakah jumlah pegawai yang telah dikenal pasti terlibat dengan gejala ini dan telah dikenakan tindakan disiplin/undang-undang?

    Secara keseluruhannya, seramai 54 orang pegawai dan kakitangan Jabatan I
    Agensi di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah Negeri Selangor (BPR) sepanjang tempoh antara tahun 2004 hingga 2008. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 tangkapan telah dilaksanakan dan empat (4) pertuduhan telah dihadapkan ke mahkamah.

    Sebanyak 22 kes rasuah telah dirujuk kepada Ketua-Ketua Jabatan untuk
    diambil tindakan tatatertib berdasarkan kepada pertuduhan dan hasil siasatan Badan Pencegah Rasuah Negeri Selangor (BPR). Kes-kes yang dirujuk kepada Ketua Jabatan perlu dibentangkan di Lembaga Tatatertib Jabatan / Agensi masing-masing bagi penentuan prima facie tatatertib atau tindakan disiplin yang sewajarnya.

    Selain itu, pihak BPR turut mengeluarkan21 perakuan kes yang dirujuk kepada Ketua Jabatan untuk diambil tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan & Tatatertib) 1995. Manakala sebanyak 22 surat nasihat telah dikeluarkan kepada Ketua Jabatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.