Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

78) GEJALA SOSIAL

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah-masalah gejala sosial di kawasan kampung dan taman?

    • Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) adalah satu langkah   serius  yang   diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani  isu gejala sosial yang melanda masyarakat di Negeri Selangor. Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial peringkat Negeri  Selangor merupakan satu jawatankuasa yang bersifat holistik ini diwujudkan di peringkat negeri dan jawatankuasa di setiap daerah      juga telah ditubuhkan yang melibatkan       Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan  Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan,  Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua-ketua kaum, Jabatan Pelajaran      Selangor, Pertubuhan Belia,Pertubuhan Wanita, Majlis Permuafakatan        Persatuan Ibu bapa dan Guru (MPPBIG), Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Majlis Institusi Pendidikan Islam        Selangor, Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor, ketua-ketua kaum, PersatuanPesara, dan NGO,s yang berkaitan.
    • Mewujudkan projek Pusat Sehenti GeMS di kawasan fokus yang menggunakan konsep kolabrasi sinergistik dengan melibatkan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta penduduk setempat untuk berkongsi hasrat bersama membebaskan komunitinya daripada gejala sosial. Sehingga kini, dua Pusat Sehenti GeMS telah disediakan di kawasan yang mempunyai gejala sosial yang tinggi iaitu di Pangsapuri Desa Mentari, Daerah Petaling dan Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Klang.
    • Pada tahun 2015 satu program khas akan dilaksanakan untuk remaja terutamanya di kawasan kampung dan taman yang mempunyai kadar gejala sosial yang tinggi. Program berbentuk penerangan santai dan menarik dengan melibatkan beberapa aktiviti menarik akan dilaksanakan tidak apa Mei ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.