Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

247) GEJALA SOSIAL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan yang ada pada kerajaan membanteras gejala sosial yang berleluasa di kalangan masyarakat India?

    Rancangan-rancangan seperti berikut:

     

    1. Menghantar pemuda-pemudi yang tercicir dalam keputusan peperiksaan SPM ke Institusi INPENS untuk mendapat latihan Kemahiran dan Vokasional bagi menjamin masa depan mereka agar tidak ketinggalan daripada arus perubahan masa.
    2. Memberi sumbangan bantuan dana kepada Badan-badan NGO dan Persatuan Swasta yang aktif dalam kebajikan masyarakat. Dengan ini mereka boleh menarik penglibatan golongan pemuda untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.  Contohnya: EWRF, CHILD dan lain-lain lagi
    3. Mewujud dan membina kemudahan prasarana seperti padang, dewan serba guna dan Futsal Court untuk kegiatan aktiviti riadah bagi masyarakat setempat khususnya di sekitar kawasan penduduk Dengan ini mereka boleh menggunakan masa lapang dengan terlibat aktiviti-aktiviti yang berguna dan tempat-tempat ini boleh digunakan sebagai pusat aktiviti untuk mengisi masa lapang mereka.
    4. Memberi pengiktirafan dan sumbangan kepada institusi keagamaan, kuil dan persatuan keagamaan yang giat dan aktif memberi perkhidmatan sosial, bantuan kebajikan, pendidikan kepada masyarakat khususnya kaum India dan lain-lain lagi.
    5. Bekerjasama dengan institusi keagamaan, kuil dan Badan-badan NGO untuk menganjurkan program pendidikan agama, Kelas Modal Insan, seminar kerjaya dan kempen membanteras gejala sosial.
    6. Mengadakan kempen-kempen dan seminar pendidikan khususnya kepada golongan wanita yang tinggal di kawasan estet untuk memberi pendedahan  terhadap isu-isu sosial, ekonomi dan keagamaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.