Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

233) GEJALA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK BAWAH UMUR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah sosial di kalangan kanak-kanak bawah umur?

    1. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat,

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor sentiasa melaksanakan program bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak.

    JKM Negeri Selangor menguruskan kes pelindungan kanak-kanak dan jenayah melibatkan kanak-kanak menggunakan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.Selain itu, JKM Negeri Selangor menganjurkan pelbagai program/perkhidmatan bagi menangani masalah sosial di kalangan kanak-kanak seperti berikut:

    1. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK)

    Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) menyediakan program berbentuk seminar, kursus dan bengkel serta intervensi berbentuk motivasi, bimbingan kaunseling dan sukan. Sehingga kini, Selangor mempunyai 17 buah PAKK seperti di bawah:

    BIL. DAERAH NAMA PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (PAKK)
    1 Petaling
    1. PAKK Taman Medan
    1. PAKK Taman Putra Damai
    1. PAKK Shah Alam
    1. PAKK Subang Jaya
    2 Klang
    1. PAKK Taman Seri Perantau
    3 Sabak Bernam
    1. PAKK Taman Gemilang
    1. PAKK Taman Perpaduan
    4 Gombak
    1. PAKK Kg. Bendahara
    1. PAKK Bandar Tasik Puteri
    1. PAKK Hulu Klang
    5 Hulu Selangor
    1. PAKK Wawasan Gemilang
    6 Kuala Langat
    1. PAKK Banting Baru
    1. PAKK Kg. Kundang
    7 Sepang
    1. PAKK Salak Tinggi
    1. PAKK Taman Putra Perdana
    8 Kuala Selangor
    1. PAKK Kuala Selangor
    9 Hulu Langat
    1. PAKK Kajang

     

    1. Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK)

    PKKK ditubuhkan di setiap daerah bagi berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan pemulihan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah atau masalah sosial. Ahli PKKK dilantik daripada golongan masyarakat setempat yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang kanak-kanak. Selain itu, PKKK akan dianggotai oleh Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Perubatan. Mereka akan membantu Jabatan dalam menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pencegahan jenayah dan kerosakan akhlak dalam kalangan kanak-kanak.

     

    1. Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK)

    PPKK ditubuhkan di setiap daerah berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat setempat.

     

     

     

    1. Pusat Peduli Kanak-Kanak Negeri Selangor (PPKKN)

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM400,000 bagi  penubuhan Pusat Peduli Kanak-Kanak Subang Jaya dan Pusat Peduli Kanak-Kanak Hulu Selangor.

    PPKKN ini ditubuhkan sebagai satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk pelindungan, keselamatan dan integrasi sosial kanak-kanak. Ia menumpukan perhatian kepada kanak-kanak yang memerlukan ruang untuk melakukan aktiviti di samping mengisi masa lapang dengan cara yang positif.

    PPKKN juga merupakan satu institusi alternatif kepada perlindungan kanak-kanak di dalam komuniti.

    1. Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Di Sekolah Sahabat Bijak Sahabat Bijak: Safe & Protect (Sahabat Bijak)

    Kempen ini adalah bagi tujuan:

    • Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak

     

    • Memberi kesedaran kepada ibu bapa/penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga keselamatan kanak-kanak

     

    • Memberi pendedahan literasi undang-kepada semua pihak berkaitan hukuman yang dikenakan kepada pesalah kanak-kanak

     

    • Memberi pendedahan kepada kanak-kanak, ibu bapa/penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang bentuk-bentuk bantuan berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak

     

    JKM Negeri Selangor telah dan akan mengadakan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Di Sekolah Sahabat Bijak Sahabat Bijak: Safe & Protect (Sahabat Bijak) di sekolah-sekolah bagi memberi advokasi kepada kanak-kanak berkenaan hak mereka sebagai kanak-kanak. Program Sahabat Bijak bagi tahun 2019 telah dan akan diadakan di daerah berikut seperti jadual di bawah:

    • Kuala Langat – 21 Ogos 2019
    • Gombak – 5 September 2019
    • Klang – 24 September 2019
    • Petaling – 25 September  2019
    • Sabak Bernam – 30 September 2019
    • Hulu Langat – 30 Oktober 2019
    1. Talian Kasih 15999

     

    Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan satu talian hotline iaitu Talian Kasih 15999 bagi mana-mana pihak membuat sebarang aduan berkenaan penderaan atau masalah sosial berkaitan kanak-kanak pada bila-bila masa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.