Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

131) GEJALA SOSIAL DI KALANGAN WANITA MUDA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik kes gejala sosial di kalangan wanita muda mengikut jenis?

    Kerajaan Negeri Selangor memandang serius dengan masalah gejala sosial yang menjadi kudis kepada warga Selangor terutama sekali dikalangan wanita muda dewasa ini. Justeru itu Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berusaha untuk menangani dan membenteras masalah ini.

     

    JKM adalah salah sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan gejala sosial khususnya di kalangan kanak-kanak di bawah 18 tahun. Bagi wanita muda, tumpuan JKM adalah mereka yang berusia 18 – 21 tahun. Berikut adalah tiga (3) masalah sosial utama yang dikenal pasti melibatkan wanita muda ialah kesalahan  jenayah dan kes pesalah muda.

     

    (i)                      Kesalahan Jenayah

    JKM sangat memandang serius penglibatan kanak-kanak dan remaja perempuan berusia 13 hingga 18 tahun di dalam aktiviti penjenayahan. Antara kes-kes jenayah yang dirujuk kepada JKM adalah seperti mencuri, terlibat dengan ketagihan dadah, mencedera, berjudi dan lain- lain. Jadual 1 adalah statistik kes kanak-kanak dan remaja perempuan yang terlibat dengan jenayah mengikut jenis kesalahan.

     

    Jadual 1 : Statistik Kes Kanak-Kanak Dan Remaja Wanita Yang Terlibat Dengan Jenayah Bagi Tahun 2012 – 2015 (Sehingga Ogos) Mengikut Jenis Kesalahan

     

     

    Jenis Kesalahan

     

    2012

     

    2013

     

    2014

    Jan – Ogos

    2015

    Harta benda        
    (a) mencuri 11 19 13 10
    (b) memiliki harta curi 4   2  
    (c) merompak     5  
    (d) peras ugut 1 1    
    (e) ceroboh/pecah rumah        
    (f) Meragut        

     

     

     

    Jenis Kesalahan

     

    2012

     

    2013

     

    2014

    Jan –

    Ogos 2015

    Dadah        
    (a) mengedar   1    
    (b) memiliki 1 2 2 7
    (c) menghisap 4 8 5 3
    Sabit manusia        
    (a) membunuh     1  
    (b) mencedera 1 7 5  
    (c) merogol        
    (d) mencabul        
    (e) sumbang mahram     1  

     

    Lalulintas        
    (a) lumba melulu/bahaya        
    (b) kesalahan lain        
    Senjata        
    (a) senjata api        
    (b) bahan api/kakisan        
    (c) senjata tajam 1 1    

     

     

     

    Jenis Kesalahan

     

    2012

     

    2013

     

    2014

    Jan – Ogos

    2015

    Lari        
    (a) dari Asrama Akhlak        
    (b) dari Sekolah Diluluskan        
     

    (c) dari Sekolah Henry Gurney

           
    Akta Kesalahan Kecil 1 2    
    Berjudi 1 2 2  
     

    Melanggar Syarat Pengawasan

           
    Jumlah 25 43 36 20

    Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

     

    1. Kes Pesalah Muda

    Kes pesalah muda (youthful offender) adalah kes di bawah Kanun Tatacara Jenayah di mana seseorang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang boleh dihukum denda atau penjara yang berumur 18 tahun atau lebih dan di bawah umur 21 tahun. Hukuman yang diberikan oleh mahkamah adalah mengkehendakkan pesalah bekerja dan berkhidmat dalam masyarakat bagi tempoh yang

     

    ditetapkan. Jadual 2 adalah statistik wanita muda berusia 18 hingga 21 tahun yang terlibat dengan kes pesalah muda mengikut kesalahan yang dilakukan.

     

    Jadual 2 : Statistik Wanita Muda (18 – 21 tahun) Negeri Selangor Yang Terlibat Dengan Kes Pesalah Muda Bagi  Tahun 2013 – 2015 (Sehingga September) Mengikut Jenis Kesalahan

     

    Jenis Kesalahan 2013 2014 Jan – Ogos

    2015

    (a) Merompak 7 5 5
    (b) Memiliki harta curi   1 1
    (c) Dadah (masuk dalam badan) 2 2 1
    (d) Mengedar dadah   2  
    (e) Pecah amanah   1  
    (f) Membuat aduan Palsu   1  
    (g) Berjudi   1  
    (i) Kesalahan dibawah Akta

    Penapisan Filem

      1  
    (j) Membunuh   2  
    (k) Sumbang Mahram 2    
    (l) Kesalahan di bawah Akta

    Kesalahan Kecil

      4  
    (m) Akta Imigresen   1  
    Jumlah 11 21 9

    Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.