GEJALA SOSIAL DI SELANGOR
34) GEJALA SOSIAL DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh manakah seriusnya gejala sosial dan kesalahan moral berlaku di Selangor?
Masalah sosial dan kesalahan moral merupakan satu fenomena yang melanda masyarakat masa kini bukan sahaja di Negeri Selangor malah seluruh negeri di Malaysia. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa Negeri Selangor juga mencatat jumlah gejala sosial yang membimbangkan di mana pelbagai kes jenayah berlaku di Negeri Selangor. Mengikut rekod daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara tahun 2009 dan 2010 menunjukkan tahap keseriusan gejala sosial di Negeri Selangor. Jenayah Kekerasan mencatat jumlah yang agak membimbangkan di mana pada tahun 2009 sebanyak 41 015 kes dilaporkan dan pada tahun 2010 sehingga September jumlah kes dicatatkan sebanyak 35 651 kes.
Kes pembuangan bayi yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2009 sebanyak 6 kes dan pada tahun 2010 sebanyak 8 kes direkodkan. Manakala bagi kes pengawasan penagih dadah dalam komuniti di Negeri Selangor mencatatkan peningkatan jumlah kes pengawasan pada tahun 2009 sebanyak 5141 kes dan meningkat sebanyak 6046 kes pada tahun 2010. Berdasarkan kepada statistik daripada Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan menunjukkan peningkatan kes gejala sosial di Negeri Selangor agak membimbangkan.
Jadual 1
Bil Jenis Jenayah 2009 2010 1. Kes Pembuangan bayi 6 8 2. Jenayah Kekerasan 8601 6680 3. Jenayah Harta Benda 41015 35651 4. Dadah (Kes Pengawasan Penagih)
5141 6046
