Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

103) GEJALA SOSIAL DIKALANGAN REMAJA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Isu gejala sosial yang melanda di Negeri Selangor tidak kurang hebatnya seperti gejala dadah,pergaulan bebas, pinjaman along dan sebagainya. Apakah tindakan Kerajaan Negeri sekarang yang mengatakan akan membuat kempen besar-besaran menangani gejala maksiat?

    Gejala sosial terutamanya di kalangan remaja, merupakan salah satu isu dan masalah yang perlu ditangani. Bagi menangani masalah tersebut Kerajaan Negeri telah merangka beberapa pelan dan tindakan untuk menangani masalah tersebut antaranya :

    • Memperbanyakkan program melibatkan pelajar IPT dengan warga belia.
    • Menggalakkan program kemasyarakatan seperti program Youth In Community.
    • Memanfaatkan kemudahan atau infrastruktur yang sedia ada.
    • Memantapkan sistem sokongan dan perkhidmatan yang bersifat formal (agensi kerajaan) dan formal (NGO)
    • Menganjurkan program-program hibur didik alternatif kepada golongan belia.

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri akan menganjurkan program-program menarik atau menggalakkan belia terlibat aktiviti keusahawanan, aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan , sukan dan rekreasi. Dengan adanya program-program seperti akan dapat menangani gejala sosial.

Lampiran

Tiada Lampiran.