Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

34) GEJALA SOSIAL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program pembangunan sosial yang telah dijalankan bagi mengurangkan masalah sosial yang semakin meningkat di Selangor?

    Kerajaan Negeri dalam mencari jalan penyelesaian atau solusi untuk mengatasi masalah gejala sosial secara komprehensif telah mengambil langkah dan inisiatif dengan merancang dan melaksanakan program-program pembangunan sosial seperti berikut:

     

    1. menubuhkan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial yang bersifat inklusif di setiap daerah yang melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua-ketua kaum, komuniti dan NGO. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini ialah untuk memberi fokus dalam merancang program dan melaksanakan operasi pencegahan gejala sosial;

     

    1. pelbagai program juga telah dilaksanakan seperti program jelajah di daerah dengan pengisian aktiviti yang bermanfaat seperti forum, program hiburan berinformasi, aktiviti-aktiviti kecergasan seperti larian, pertandingan bola sepak, karom, catur, pameran jabatan serta agensi kerajaan. Selain itu pihak kerajaan juga melaksanakan program- program pengupayaan komuniti dan program jati diri remaja;

     

    • perkhidmatan kaunseling dan psikologi secara percuma kepada orang awam melalui Pusat Kaunseling Selangor (PKS) atau lebih dikenali sebelum ini sebagai ‘Talian Sahabat’ juga disediakan sebagai alternatif pemulihan. PKS ini diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan mendapat kerjasama daripada kaunselor sukarela yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. PKS ini beroperasi di Kompleks PKNS, Shah Alam;

     

    1. pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga melaksanakan program-program pencegahan bersepadu bersama Pejabat Daerah, PBT, PDRM, Imegresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antara operasi pencegahan yang dilakukan seperti Operasi Sambutan Tahun Baru, Sambutan Kemerdekaan, Operasi Ajaran Sesat dan Operasi Tabung / Kutipan Derma Tanpa Kebenaran;da

     

    1. selain itu, pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah melaksanakan Delivery Service dalam semua aspek dan mengadakan kerjasama dengan masyarakat serta pertubuhan melalui konsep Community Policing. Susulan itu, tindakan penguatkuasaan dengan melaksanakan beberapa Operasi Rondaan telah dilakukan serta mewujudkan Polis Bantuan Kontinjen

     

    1. pendekatan lain yang diambil oleh pihak kerajaan ialah dengan melaksanakan Program Pengupayaan Komuniti Setempat iaitu satu program yang berbentuk penerangan dan pendedahan untuk menangani gejala sosial yang melibatkan penyertaan daripada semua pimpinan masyarakat seperti Ketua Kampung, Ahli Majlis, Pengerusi Persatuan Penduduk, Ketua Komuniti, Jawatankuasa Masjid dan penduduk setempat. Intipati program ini ialah memberi kefahaman kepada pimpinan masyarakat mengenai langkah pencegahan awal dan tindakan susulan jika gejala sosial dan jenayah berlaku di kawasan mereka;

     

    • Program Pemantapan Jati Diri Remaja juga dilaksanakan oleh pihak kerajaan bertujuan menyediakan aktiviti / program berkualiti kepada remaja dengan memberi penekanan kepada penerapan jati diri dan nilai-nilai murni serta pembangunan karakter yang melibatkan pesalah- pesalah muda, pelajar tahfiz, penghuni rumah perlindungan dan remaja PPR; dan

     

    • bagi merealisasikan matlamat Selangor Sejahtera Tanpa Dadah dan seiring dengan gagasan Smart Selangor. Pihak Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan Dan Pembangunan Modal Insan telah merancang untuk mempergiatkan kempen-kempen kesedaran melalui Program Pemutihan Kawasan Hotspot Dadah di Selangor. Selain itu, perancangan lain adalah akan mengadakan forum auto speed untuk memberi fokus kepada isu atau masalah mat

    Namun pada tahun 2019, tiada peruntukan khusus disediakan untuk pelaksanaan program-program pembangunan sosial. Oleh itu, perancangan dan pelaksanaan program tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.