GELANGGANG SUKAN FUTSAL

37) GELANGGANG SUKAN FUTSAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukkan diluluskan dalam STANCO Sukan atau disalurkan kepada Pejabat Daerah / Tanah untuk menaik taraf gelanggang Futsal di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menyediakan serta membaikpulih kemudahan sukan seperti gelanggang futsal yang ada di Negeri Selangor kepada semua golongan masyarakat

     

    Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri amat prihatin dengan masalah Infrastruktur Sukan di Negeri Selangor. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah meningkatkan peruntukkan daripada RM800,000.00 kepada RM12,000,000.00 untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM570,869.20 telah diperuntukkan untuk membaikpulih sebanyak 23 gelanggang futsal melalui 10 PBT dan 2 Pejabat Daerah dan Tanah iaitu PDT Klang dan Petaling.

     

    Manakala pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan melalui Belanjawan 2016 sebanyak RM6,680,000.00 untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan. Di samping itu, Kerajaan Negeri telah meningkatkan peruntukan daripada RM20,000,00 kepada RM40,000.00 bagi setiap DUN melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing bagi Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan di peringkat DUN untuk semua Kemudahan Sukan di Negeri Selangor termasuklah gelanggang futsal.

Lampiran

Tiada Lampiran.