Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

234) GEMPA BUMI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebelakangan ini, banyak negara jiran telah pun mengalami gempa bumi yang agak serius. Terdapat beberapa tempat di Negeri Selangor juga mengalami gegaran akibat gempa bumi di negara jiran. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya rakyat Negeri Selangor terhadap gempa bumi?

    Langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bencana gempa bumi adalah meneruskan aktiviti dengan memberi program kesedaran( public komuniti ) kepada masyarakat khususnya di negeri ini supaya memahami apa jua pelan tindakan kecemasan apabila berlaku dan  selain panduan Arahan MKN No 20(Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara) dan Panduan Pengurusan Krisis/Bencana Negeri Selangor sama ada secara syarahan, latih amal, diskusi/forum, taklimat , mesyuarat , kursus/seminar pameran dan sebagainya. Perkara ini boleh diselaraskan oleh MKN Negeri Selangor dengan anjuran bersama dari semua agensi/jabatan di peringkat Daerah dan Negeri. Peruntukan bagi kos program kesedaran orang ramai perlu diadakan pada setiap tahun oleh Kerajaan Negeri kepada semua agensi yang berkenaan. MKN Negeri Selangor sebagai Urusetia kepada Pengurusan Dan Bantuan Bencana Negeri boleh memberi khidmat nasihat dan merancang bersama dengan agensi-agensi berkenaan sama ada peringkat Daerah dan Negeri untuk mengendalikan demi kepentingan bersama.

Lampiran

Tiada Lampiran.