Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

295) GEMPA BUMI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan Kerajaan Negeri dan semua PBT/Agensi di Selangor untuk menghadapi gempa bumi jika berlaku?

    Secara amnya, Sistem Amaran Awal Jabatan Metrologi Malaysia telah sedia ada memberi maklumat dan amaran awal kepada Kerajaan Negeri Selangor, serta agensi-agensi berkaitan, sekiranya berlaku gegaran dan pergerakan tektonik bagi kawasan-kawasan berhampiran dengan Negeri Selangor dan Malaysia. Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Negeri Selangor, sentiasa bersedia untuk menyelaras sebarang persediaan dan kemungkinan berlakunya gempa bumi di Negeri Selangor. Latihan dan Bengkel pengukuhan prosedur operasi bencana sedang dirangka bagi memastikan kesiapsiagaan semua agensi disamping latihan-latihan simulasi yang sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. (Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor)

Lampiran

Tiada Lampiran.