Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

51) GENDER DAN BELANJAWAN RESPONSIF GENDER

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri Selangor dalam advokasi gender?

    Kerajaan Negeri pada ketika ini telah mula menyerapkan advokasi gender atau pembelaan dan perlindungan kepada wanita di dalam aspek perundangan secara berperingkat. Ini dimulakan dengan adanya program One Stop Crisis Center (OSCC) bagi melindungi kaum wanita daripada keganasan dan

     

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Program Women Againts Crime (WAC) bagi kesedaran awam terhadap jenayah terhadap wanita yang perlu diperangi dan dihentikan. Dan Kerajaan Negeri akan merangka lain- lain program advokasi gender di masa akan datang.

     

    Namun begitu perlindungan yang khusus di bawah aspek perundangan, Kerajaan Negeri akan merangka program yang memberikan pendedahan dan nilai tambah kepada kaum wanita agar mereka lebih mengetahui hak dan bentuk-bentuk pembelaan mahupun perlindungan di bawah perundangan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.