Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

314) GERAI DAN KIOSK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. 6 buah PBT iaitu MBPJ, MPK, MPAJ, MPKj, MPSp dan MDHS menyatakan tiada pembinaan gerai dan kiosk baharu untuk peniaga kecil dari 2008 - 2013. Kenapakah perkara ini berlaku?

    Kebanyakan pembinaan gerai-gerai atau kiosk sebelum ini menggunapakai peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan. PBT hanya memperuntukkan perbelanjaan pengurusan dan penyelenggaraan sahaja. Disamping itu, PBT perlu memastikan kawasan pembinaan gerai-gerai atau kiosk adalah bersesuaian bagi mengelakkan pembinaan gerai dan kiosk yang dibina oleh PBT tidak diduduki apabila siap dibina.

Lampiran

Tiada Lampiran.