Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

38) GERAI-GERAI DI BAWAH PROJEK KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Keadaan gerai-gerai di bawah projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PLB) di seluruh negeri Selangor kelihatan amat tidak tersusun dan terlalu daif. Manakala status kepunyaan tanah dan premis tersebut tidak jelas sehingga menimbulkan banyak masalah. Ditambah pula dengan tindakan beberapa peniaga yang membuat ubahsuai premis tanpa sebarang kawalan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu ini dan bolehkah pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang untuk mengubah wajah gerai-gerai ini agar lebih tersusun dan sedap mata memandang.

    Berhubung dengan gerai-gerai yang dibina oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PLB), di Selangor terdapat sejumlah 1702 gerai telah dibina. Gerai-gerai ini pada asalnya diserahkan kepada Pejabat Daerah untuk pengurusan penyewaan dan penyelenggaraan.

    Statistik gerai yang telah diambil alih mengikut PBT adalah seperti berikut:

    BIL PBT JENIS JUMLAH JUMLAH BESAR
    1. MBSA GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    40

    54

    18

     

    112

    2. MBPJ GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    0

    0

    8

     

    8

    3. MPK GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    154

    146

    0

    300
    4. MPSJ GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    23

    27

    8

    58
    5. MPAJ GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    TUTUP

    92

    53

    17

    22

    184

     

     

    BIL PBT JENIS JUMLAH JUMLAH BESAR
    6. MPKj GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    59

    60

    19

     

    138

    7. MPS GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    118

    0

    13

     

    131

    8. MPSp GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    PENJAJA

    7

    6

    0

    2

     

    15

    9. MDKS GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    IKS

    88

    125

    8

    12

     

    233

    10. MDKL GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    5

    283

    6

     

    289

    11. MDHS GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    176

    0

    21

     

    197

    12. MDSB GERAI

    KEDAI

    BENGKEL

    0

    37

    0

     

    37

      J UMLAH

     

      1702

    Walau bagaimanapun, Pejabat Daerah didapati tidak berupaya untuk menjalankan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap gerai-gerai tersebut. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri pada tahun 2007 telah membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan gerai-gerai tersebut kepada pihak PBT.

    Kerajaan Negeri sedar bahawa terdapat gerai-gerai tersebut yang keadaan fizikalnya telah uzur dan memerlukan pembaikan. Kerajaan Negeri telah cuba untuk mendapatkan peruntukkan penyelenggaraan gerai-gerai tersebut. Walau bagaimanapun Kementerian Pembangunan Luar Bandar memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai peruntukkan untuk penyelenggaraan gerai-gerai tersebut dan Kerajaan Negeri perlu melaksanakannya dengan menggunakan pendapatan hasil sewaan yang dikutip dari penyewa, tetapi jumlah kutipan sewa tidak dapat menampung kos yang diperlukan untuk tujuan tersebut. Buat masa kini, Kerajaan Negeri melalui PBT ada menjalankan kerja pembaikan dan menaiktaraf gerai-gerai tersebut berdasarkan keperluan.

Lampiran

Tiada Lampiran.