Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

152) GERAI-GERAI MAJLIS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah tindakan penguatkuasaan yang di lakukan oleh PBT untuk memastikan bahawa gerai-gerai tersebut menjalankan perniagaan mengikut peraturan-peraturan termaktub ?

    Dalam memastikan peniaga – peniaga menjalankan perniagaan mengikut peraturan serta syarat yang ditetapkan oleh PBT, PBT turut melaksanakan pemantauan secara harian. Kegagalan peniaga mematuhi arahan serta tindakan penguatkuasaan akan diambil tindakan. Selain itu, lesen penjaja yang telah diluluskan akan dipantau secara berkala bagi memastikan semua syarat lesen yang telah ditetapkan berdasarkan peruntukan di bawah Undang – Undang Kecil (UUK) Penjaja 2007 dan sekatan -sekatan di dalam garis panduan / syarat lesen dipatuhi.

    Sebarang perlanggaran syarat akan dikemukakan notis peringatan / arahan pematuhan syarat lesen. Sekiranya gagal mematuhi arahan di dalam notis, tindakan kompaun akan dilaksanakan. PBT juga akan menamatkan tawaran lesen sekiranya masih berlaku pelanggaran syarat lesen secara berterusan. Penjaja yang telah ditamatkan diberikan tempoh yang wajar untuk menamatkan aktiviti dan mengosongkan gerai. Namun demikian, jika peniaga gagal mematuhi tempoh yang diberikan, tindakan sitaan dan pengosongan gerai akan dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.