Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

250) GERAI SEMENTARA JUALAN IKAN DI SG HAJI DORANI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap status gerai sementara tersebut?

    Peniaga-peniaga gerai sementara jualan ikan di Sungai Haji Dorani masih dibenarkan beroperasi ditapak sedia ada. Kebenaran merancang dan pelan bangunan bagi pembinaan bazar terbuka hasil laut telah diluluskan di tapak sediada. Cadangan untuk memulakan kerja-kerja di tapak pembinaan masih dalam tindakan pihak pemaju yang dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.