Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

45) GERAKAN RANGKAIAN SOSIAL FACEBOOK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti kekuatan dan potensi di segi penerangan yang mampu dijana melalui Facebook yang kini dikendalikan secara individu oleh ADUN di semua DUN seluruh Selangor?

    Facebook merupakan salah satu laman rangkaian sosial yang telah diperkenalkan pada Februari 2004 dan dimiliki serta dioperasi oleh Facebook, Incorporated. Dengan adanya facebook, pengguna boleh menambah rangkaian social mereka samada dengan rakan yang sudah dikenali ataupun membina rakan baru. Melalui facebook, pengguna boleh menyampaian mesej sama ada melalui komputer ataupun telefon bimbit, bersembang, mengemaskini biodata, berkongsi pendapat, memuat naik gambar acara, menyediakan jemputan kepada rakan-rakan dan lain-lain lagi. Kekuatan yang mampu dijana melalui Facebook oleh ADUN ialah penyampaian maklumat terkini secara berkesan dan berterusan. Selain menggunakan blog untuk mengemaskini maklumat terkini ADUN tersebut, Facebook merupakan medium paling popular dan berpengaruh di internet dan telah dinobatkan sebagai laman web social terbaik dalam penyampian maklumat terkini selain Friendster dan Myspace.

    Jika dilihat dari sudut potensi, dengan adanya Facebook, rakyat akan lebih mudah berhubung dengan ADUN tidak kira masa dan tempat. ADUN juga boleh menyampaikan status terkini perkembangan berita di kawasan mereka sama ada melalui komputer ataupun telefon bimbit dengan lebih cepat, mudah dan murah. Segala maklumat boleh dicapai dihujung jari sahaja. Ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan antara rakyat dan ADUN.

Lampiran

Tiada Lampiran.