Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

261) GERAN INDIVIDU DAN STRATA BAGI PROJEK PERUMAHAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH OLEH EMKEY ASSOCIATE SDN BHD

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon Pejabat Daerah Tanah Petaling menyenaraikan senarai pembeli rumah teres bagi Fasa 1,2 dan 3

    Pejabat Daerah dan Tanah Petaling tidak mempunyai maklumat mengenai senarai pembeli rumah teres bagi Fasa 1, 2 dan 3 atau pembeli rumah Flat Blok A, B,C dan D bagi Projek Perumahan Bandar Baru Sungai Buloh oleh M.K Associates Bhd. kerana maklumat ini hanya dimiliki oleh pemaju asal dan tidak disalurkan ke PDT Petaling.

    Namun begitu merujuk kepada Cabutan Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 20/2003 bertarikh 29 Ogos 2003 telah meluluskan permohonan pemberimilikan kepada 603 individu yang telah membeli hartanah di bawah projek pembangunan ini dengan kadar premium yang dikenakan pada kadar RM 800 selot nominal. Tapak yang telah diluluskan merupakan sebahagian daripada tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 6 Disember 1984 kepada M.K Associates Sdn. Bhd. melalui projek penswastaan. Walau bagaimanapun, proses pengeluaran hakmilik ini tidak diselesaikan oleh pemaju kerana terdapat pertikaian mengenai bayaran premium diantara pembeli hartanah dan pemaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.