Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

32) GERAN JALANRAYA BERDASARKAN MAKLUMAT REKOD-REKOD JALANRAYA MALAYSIA (MARRIS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan berapakah jumlah peruntukan daripada MARRIS yang diperolehi oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor setiap tahun

    Untuk makluman, jumlah peruntukan penyelenggaraan tahunan jalan raya yang
    disediakan dalam geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)
    bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di Negeri Selangor daripada
    tahun 2006 – 2010 adalah seperti yang berikut :
    BIL TAHUN TERIMAAN
    PERUNTUKAN
    MARRIS (RM)
    PEMBERIAN PERUNTUKAN (RM) BAKI YANG
    DIMASUKKAN
    KE DALAM
    AKAUAN
    AMANAH (RM)
    JKR JPS PBT
    1. 2006 174,095,714.00 74,551,350.00 1,000,000.00 27,500,000.00 71,044,364.00
    2. 2007 276,723,369.00 73,216,993.00 1,000,000.00 50,538,740.00 151,967,636.00
    3. 2008 139,692,557.64 139,692,557.64 1,500.000.00 130,000.000.00 29,773,734.36
    4 2009 183,110,799.29 183,110,799.29 900,000.00 76,000,000.00 55,616,331.71
    5. 2010 142,790,000.00 142,790,000.00 2,499,250.00 61,887,960.00 117,822,790.00

    Bagi tahun 2010 jumlah RM325,000,000 yang dinyatakan adalah merupakan
    anggaran terimaan dan daripada jumlah tersebut RM142,790,000 akan disalurkan
    kepada JKR, RM2,499,250 kepada JPS dan RM61,887,960 kepada PBT manakala
    baki RM117,822,790 akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Penyelenggaraan
    Jalan.
    Peruntukan yang telah disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya adalah bagi menurap
    dan menampal jalan, Jabatan Parit dan Saliran bagi menurap jalan-jalan ladang dan
    kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi menaik taraf jalan di bawah kawal selia PBT
    berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.