Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

92) GERAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setiap tahun kerajaan Persekutuan memberi geran kepada Kerajaan Negeri seperti geran jalan raya, perkapita penduduk dan pembangunan. Berapakah peruntukan geran Kerajaan Persekutuan yang diberi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2008?

    Anggaran terimaan Persekutuan bagi tahun 2008 adalah sebanyak RM391,764,638.00.
    Walaubagaimanapun, setakat 30 September 2008 Kerajaan Negeri telah menerima
    98.5% daripada anggaran terimaan yang berjumlah RM385,879,593.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.