Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

203) GERAN KEUSAHAWAN MUDA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebanyak RM 1,566,957.20 dari geran Selangorku telah dibelanjakan untuk geran keusahawanan muda. Apakah perincian pengisian program-program yang telah dilaksanakan?

    Perincian program-program Keusahawanan Muda merangkumi:

    Memandangkan peruntukan Geran lebih bersifat one-off manakala permohonan bagi program Keusahawanan Muda kebanyakannya memerlukan bantuan kewangan yang berterusan, maka 10% dari peruntukan geran tersebut (RM3 juta dari RM30 juta) dihadkan bagi dimanfaatkan untuk program-program pembangunan belia seperti berikut:-

    Bil Program RM
    1 Program Selangor Motor Race 2012 647,850.00
    2 Pertandingan Bola Keranjang antara Kampung-Kampung Baru Cina di Seluruh Negeri Selangor 159,050.00
    3 Program Belia 150,000.00
    4 Program Pembangunan Remaja 125,000.00
    5 Program Gotong Royong Anak Muda Prihatin Masjid – Pembaikan & Pemulihan Tandas Masjid 125,857.20
    6 Program Pembangunan Belia, Masyarakat & Pencerdasan Rakyat tahun 2012-2013 200,000.00
    7 Program Insentif Perkahwinan Belia (Fasa 1-4) 159,200.00
      JUMLAH 1,566,957.20

Lampiran

Tiada Lampiran.