Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

221) GERAN MARRIS

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan MARRIS untuk baik pulih sistem saliran longkang bagi pencegahan banjir dan denggi.

    Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan cadangan projek pembaikan sistem saliran atau longkang menggunakan peruntukan MARRIS. Sebagai makluman, cadangan kerja pembaikan longkang adalah dibenarkan di bawah peruntukan MARRIS selaras dengan Perenggan 11.2, Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) dengan syarat berikut:-

    • Saliran atau longkang tersebut berdamping dengan jalan yang didaftar dalam Sistem MARRIS Online;
    • Cadangan kerja pembaikan adalah seberapa hampir mungkin dengan keadaan asalnya sebagaimana yang dibina; dan
    • Cadangan kerja diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal MARRIS yang diurusetiakan oleh

    Agensi Pelaksana boleh melaksanakan kerja-kerja tersebut menggunapakai Siling Peruntukan MARRIS yang diluluskan pada setiap tahun atau memohon kepada pihak Perbendaharaan Negeri sekiranya peruntukan sedia ada tersebut tidak mencukupi.

Lampiran

Tiada Lampiran.