Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

117) GERAN MARRIS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah penggunaan peruntukan geran MARRIS untuk menurap semula jalan tidak dibincangkan dengan Ahli Dewan Negeri dalam kawasan berkenaan?

    Bagi pihak MPKj, pihak jabatan mengemukakan senarai permohonan kepada setiap DUN kawasan masing-masing bagi mendapatkan pertimbangan dan sokongan untuk menjalankan kerja-kerja penurapan jalan menggunakan peruntukan MARRIS. Pihak DUN kawasan juga akan mengemukakan senarai kepada pihak MPKj sekiranya mereka mempunyai kawasan yang perlu diturap.

    Bagi peruntukan MARRIS Tahun 2019

    Peruntukan Siling daripada Perbendaharaan Negeri Selangor : RM 29,759,739.77

    Bagi fasa 1, pihak MPKj telah membelanjakan sebanyak RM 18,843,702.60 bagi 53 projek. Manakala bagi penjimatan, pihak MPKj sedang dalam proses penilaian sebutharga / tender bagi 24 projek.

Lampiran

Tiada Lampiran.