Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

8) GERAN PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Negeri bagi memastikan pilihanraya akan datang bersih dan adil?

    Memperoleh Pilihan raya yang adil adalah hak setiap rakyat di negara ini.

    Memandangkan telah banyak kepincangan yang dilaporkan sama ada dalam proses Pilihan raya itu sendiri mahupun Daftar Pemilih maka Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM10 juta di bawah Geran Selangorku untuk membantu proses ini bagi memastikan amalan demokrasi tulen di negeri ini.  Jumlah RM10 juta ini termasuk untuk memberi pendidikan kepada rakyat peri penting sebuah Pilihan raya yang adil, hak serta tanggungjawab mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.