Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

120) GERAN SELANGORKU

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan yang digunapakai dalam proses penilaian dan kelulusan sesuatu permohonan Geran Selangorku untuk menjamin ketelusan dan prinsip kebertanggungjawaban?

    Bersesuaian dengan objektif utama Geran Selangorku, setiap program yang diusulkan hendaklah memenuhi falsafah dan agenda pelaksanaan yang telah digariskan seperti berikut :-

    • ‘Value for Money’ – Hasil program benar-benar menepati nilai setiap Ringgit yang dibelanjakan serta mengawal ketirisan agar matlamat dan faedah program dapat dinikmati oleh kumpulan sasar.
    • Pelaksana Projek bukan dari kalangan Pencetus Projek bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur ‘conflict of interest’.
    • Pemerkasaan (‘empowerment’) rakyat terbanyak dan bukan sekadar memberi kontrak kerja semata-mata di samping memastikan tiada projek berakhir sebagai Gajah Putih.
    • Menitikberatkan pembinaan kemahiran serta kelestarian (‘sustainability’) bagi mengurangkan sikap kebergantungan yang berterusan.
    • Penekanan kepada aspek kecekapan pelaksanaan, pemantauan rapi serta kawalan mutu perkhidmatan.
    • Permohonan boleh dilakukan secara persendirian atau melalui JK Penduduk, Pejabat ADUN, PBT, PTD atau JKR.

    Manakala garis panduan bagi permohonan yang tidak berbentuk infrastruktur pula:

    • Geran Selangorku TIDAK akan mempertimbangkan sebarang permohonan yang berbentuk SUMBANGAN.
    • Sebarang permohonan yang telah mempunyai peruntukan sediada di luar Geran Selangorku (seperti peruntukan STANCO) TIDAK akan dipertimbangkan.
    • Semua kos untuk mengadakan acara bagi penyerahan peruntukan Geran Selangorku hendaklah menggunakan peruntukan STANCO dan TIDAK akan ditanggung oleh Geran Selangorku.
    • Sebarang permohonan untuk menganjurkan sesuatu program yang memerlukan peruntukan Geran Selangorku hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh program berlangsung. Ini bertujuan memberi tempoh yang sewajarnya kepada Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku membuat pertimbangan.

    Berasaskan kepada prinsip bahawa Geran Selangorku merupakan peruntukan berbentuk sekali sahaja (one off allocation) maka ia tidak merangkumi programprogram seperti berikut :-

    • Program yang merupakan acara tahunan.
    • Program yang tidak FEASIBLE dan/atau tidak menampakkan kelestarian (SUSTAINABILITY)
    • Program yang berbentuk kajian kemungkinan (FEASIBILITY STUDY) dan belum teruji keberkesanannya.
    • Program yang mengutamakan khidmat nasihat Perunding (Consultant) / Pengurus Acara (Event Manager) yang mana kos bagi khidmat tersebut tersebut akhirnya menyumbang sebagai Kos Utama.

    Program yang memberi manfaat kepada individu tertentu sahaja dan tidak dapat dinikmati oleh keseluruhan komuniti.

Lampiran

Tiada Lampiran.