Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

1) GERAN SELANGORKU Ð PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah daripada dana RM50 juta geran ini bagi pembinaan infrastruktur baru jika ada?

    Dana RM50 juta ini adalah untuk membaik pulih kemudahan awam untuk meningkatkan keselesaan hidup. Ini termasuk pembaikan jalan raya, parit dan longkang dan tidak termasuk pembinaan infrastruktur baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.