Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

91) GERAN SELANGORKU Ð SUMBER DANA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah anggaran geran berjumlah RM300 juta ini bersumberkan dari sumbangan dividen GLC Negeri?

    Geran Selangorku oleh MBI tidak melibatkan sumbangan dividen GLC negeri dan perolehannya adalah dari 2 sumber iaitu:

    • PENGSTRUKTURAN HUTANG       TALAM           yang   berjumlah

    RM391,986,473 dengan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak RM286,774,252.54 dan

    • PENDEKATAN BARU PENGURUSAN TANAH BERDASARKAN PENETAPAN KONSEP PEMBANGUNAN PADA HARGA

    PASARAN dimana RM124,566,975.00 telah dikumpulkan melalui permohonan Serah Balik Keseluruhan Tanah di bawah Sek. 197 KTN dan Pemberimilikan Tanah di bawah Sek. 76 KTN seluas 257.17hektar (625.595 ekar) di Daerah Hulu Langat kepada Industri (Kuari) dan Pertanian oleh Tetuan Bolton Berhad dan seterusnya serah balik dan berimilik kepada Prestige Capital Sdn Bhd untuk tujuan pembangunan bercampur.

Lampiran

Tiada Lampiran.