Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

266) GERAN TANAH KAMPUNG CHEMPAKA DAN PENGENDALIAN HAL EHWAL TANAH

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kesemua permohonan geran tanah di kawasan Kg. Chempaka setakat ini dan nyatakan sebab-sebab permohonan masih tidak diluluskan bagi setiap permohonan.

    1. Dimaklumkan sehingga kini terdapat 22 permohonan pemberimilikan tanah di kawasan Kg Chempaka yang masih belum diluluskan. Berdasarkan keseluruhan permohonan yang masih belum diluluskan ini, 4 permohonan di dalam peringkat penyediaan kertas ringkasan untuk pertimbangan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan 1 permohonan dalam peringkat mendapatkan ulasan teknikal. 14 permohonan lain masih dalam siasatan tapak oleh Penolong Pegawai Tanah kerana siasatan terperinci perlu dilaksanakan berikutan wujud beberapa isu seperti pemohon mengemukakan permohonan semula kerana permohonan telah ditolak oleh MMKN sebelum ini, pemohon tidak mengusahakan tapak, pemohon tidak dapat dikenal pasti di tapak, pemohon mengusahakan tapak bercanggah dengan zoning kediaman, dan tapak yang dipohon adalah rizab jalan. Baki 3 permohonan lagi terpaksa ditangguhkan permohonan oleh Pentadbir Tanah Petaling berikutan wujud kes mahkamah ke atas tanah yang dipohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.