Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

229) GERAN USAHAWAN YANG TIDAK MELEBIHI RM10000 YANG DILANCARKAN PADA TAHUN 2009 OLEH PEJABAT EXCO KEUSAHAWAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah ramai orang yang telah berjaya untuk mendapatkan geran tersebut. Sila nyatakan nama pemohon, syarikat-syarikat terlibat, tujuan untuk mendapat geran dan berapakah geran yang mereka dapat.

    Seramai 99 orang telah menerima bantuan dana di bawah program dana industri kecil pada tahun 2009. Tujuan bantuan diberikan adalah untuk meningkatkan kualiti dan menambahkan pengeluaran. Bantuan yang diberi adalah berbentuk mesin dan peralatan di mana nilainya antara RM1000 hingga 10,000 berdasarkan keperluan utama pemprosesan produk yang dibangunkan. Senarai penerima bantuan dan peralatan yang diterima adalah seperti di lampiran

Lampiran

Tiada Lampiran.