Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

46) GETARAN BUMI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan tindakan kecemasan jika berlakunya getaran bumi yang menyebabkan bencana?

    Kerajaan Negeri mempunyai pelan tindakan kecemasan jika berlakunya getaran bumi
    yang menyebabkan bencana. Berpandukan Arahan Majlis Keselamatan Negara(MKN)
    No. 20 iaitu Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara dan juga
    Panduan Pengurusan Krisis/Bencana Negeri Selangor. Semua agensi-agensi utama
    sebagai ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana seperti Jabatan Meteorologi
    Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor, Jabatan Alam Sekitar Selangor
    akan menyalurkan maklumat kepada Kerajaan Negeri dan Majlis Keselamatan
    Negara(MKN) Negeri Selangor selaku Urusetia Pengurusan dan Bantuan Bencana di
    peringkat negeri. Semua agensi di bawah kerajaan Negeri telah ada pelan tindakan
    kecemasan (Emergency Response Plan) masing-masing bagi menghadapi sebarang jua
    jenis bencana/krisis sebelum diaktivasikan Arahan MKN No. 20 sama ada di peringkat
    Daerah mahu pun Negeri apabila keadaan bencana bertambah serius dan kritikal .

Lampiran

Tiada Lampiran.