Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

85) GIG Ekonomi

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri menguruskan keperluan rakyat dalam era ekonomi gig yang semakin mendapat tempat di pasaran?

    (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Ekonomi gig adalah ekonomi berdasarkan “on-demand, peer dan platform” di mana syarikat akan mengupah pekerja kontrak untuk jangka masa pendek ataupun pekerjaan berlandaskan projek daripada mengambil pekerja sepenuh masa contoh GRAB & Food Panda. Kebiasaannya, pekerja dianggap sebagai kontrakor bebas (independent contractor) dan boleh dihubungi atas aplikasi untuk memenuhi permintaan pasaran.

    Menurut data World Bank, Malaysia dianggarkan mempunyai 25.3% tenaga kerja dalam menceburi ekonomi gig terutamanya di Lembah Klang yang mempunyai jaringan internet yang meluas. Atas keprihatinan kepada rakyat Selangor yang bekerja dalam sektor ekonomi gig, kerajaan negeri melalui Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) telah menanjurkan pelbagai latihan e-dagang untuk memupuk usahawan e-dagang.

    Pada tahun 2020, khusus yang telah dianjurkan termasuk 15 kelas e-commerce, 3 master class serta Selangor Accelerator Program yang berfokus kepada Ekonomi Gig start-up. Kelas e-commerce merangkumi tiga module, iaitu Pengenalan, Proses dan Pemasaran Digital. Manakala Master Class meliputi Pemasaran media sosial, Pemasaran Google dan Pemasaran Konten (Content Marketing).

    Program Selangor Accelerator Program (SAP) yang bermula daripada tahun 2018 juga telah memberi latihan selama 4 bulan kepada syarikat-syarikat startup yang berfokuskan kepada industri ekonomi-gig dan industri lain dalam latihan keusahwanan, latihan pitching, pengurusan syarikat ,serta penubuhan dan permerkasaan syarikat.

    30 syarikat startups tempatan yang berpotensi tinggi dan berkelayakan akan dipilih setiap tahun untuk menyertai program ini dengan menerima latihan empat bulan supaya menjadi syarikat yang bersedia untuk pelabur. Dari tahun 2018 hingga 2020, sebanyak 90 alumni telah dihasilkan melalui SAP.

    Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021, ekonomi gig diberi keutamaan dimana sektor ini di jangka akan memberi peluang pekerjaan kepada ramai rakyat yang terjejas akibat pandemik kovid-19. Sebagai contoh Syarikat Startup Graduan/Alumni daripada program SAP yang menyediakan perkhidmatan membaiki kenderaan secara on-demand melalui aplikasi telefon. Syarikat ini membuka peluang kepada mana-mana individu yang berkemahiran untuk mendaftar sebagi juru baik pulih kenderaan dimana mereka boleh menjana pendapatan melalui tempahan yang di lakukan oleh pemilik kenderaan daripada aplikasi tersebut

Lampiran

Tiada Lampiran.