Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

196) GOLONGAN B40

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah bilangan dan peratus rakyat Selangor merupakan golongan B40 mengikuti DUN?

    JAWAPAN:

    Tuan Speaker,

     

    Jawapan (a), (b) dan (c)

     

    Berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Mengikut Negeri dan Daerah Pentadbiran Negeri Selangor Tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kumpulan isi rumah terendah B40 adalah golongan yang berpendapatan di bawah had pendapatan kasar isi rumah RM6,180 sebulan di Negeri Selangor. Ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai maklumat yang tepat berkenaan jumlah bilangan dan peratus rakyat Selangor yang merupakan golongan B40 yang khusus mengikut DUN. Namun begitu, usaha membantu golongan B40 sentiasa menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam memastikan golongan ini sentiasa memperoleh manfaat melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

     

    Kerajaan Negeri telah menetapkan had pendapatan bagi beberapa program bantuan di bawah program IPR khusus untuk golongan B40 dan ke bawah. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri telah menetapkan had pendapatan bagi permohonan Program Hadiah Anak Masuk Universiti adalah RM3,000 seisi rumah dan ke bawah, Program Kasih Ibu Smart Selangor khusus kepada golongan berpendapatan seisi rumah RM2,000 dan   ke bawah dan Program Jom Shopping untuk yang berpendapatan seisi rumah RM1,500 dan ke bawah. Hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk memberikan bantuan kepada golongan sasar yang benar-benar perlu dibantu dan ianya dilihat selaras dengan peruntukan yang terhad. Oleh yang demikian, ini merupakan tindakan wajar yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan yang memerlukan.

     

    Dalam memastikan rakyat terutamanya golongan B40 terus menikmati memakmuran dan kesejahteraan, Kerajaan Negeri menyambut baik sebarang cadangan penambahbaikan pelaksanaan program-program pemberdayaan rakyat. Oleh yang demikian, ketika ini Kerajaan Negeri sedang membangunkan sebuah sistem data bersepadu yang boleh dijadikan rujukan rakyat Selangor di masa akan datang.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.