Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

39) GOLONGAN IBU TUNGGAL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri supaya memastikan golongan ibu tunggal yang tidak berpelajaran dapat meningkatkan tahap kemahiran bagi mencari pendapatan sendiri selain memberi bantuan modal untuk berniaga?

    Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah dalam mengenal pasti
    apakah keperluan-keperluan untuk ibu tunggal di Selangor. Antaranya seperti
    berikut:
    1) Menjalankan kaji selidik tentang keperluan ibu tunggal;
    2) Mengklasifikasikan keperluan mereka;
    3) Mengenal pasti jenis bantuan sama ada berbentuk kemahiran, bantuan
    peralatan atau pendidikan;
    4) Menyediakan kursus-kursus kemahiran menjahit yang berpotensi untuk
    membantu ibu tunggal mempelajari dalam tempoh singkat;
    5) Membantu mereka untuk menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran
    seperti dandanan rambut, kosmetik, operator kilang dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.