Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

81) GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program dan bantuan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan orang kurang upaya?

    Di antara program-program dan bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan
    Negeri adalah seperti program perkembangankerjaya OKU, bengkel, kemahiran
    untuk meningkatkan ekonomi, program pengurusan kendiri, program-program
    motivasi dan program-program sosialisasi masyarakat. Selain itu, Orang
    Kurang Upaya, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapat bantuan
    berupa alat tiruanlsokongan dan elaun pekerja cacat. Kerajaan Negeri turut
    menyalurkan bantuan kewangan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
    (PDK) di mana Orang Kurang Upaya berpeluang menjalani pemulihan dan
    pembelajaran untuk mengecap peluang sama rata dan berinteraksi dengan
    masyarakat. Kerajaan Negeri turut menyalurkan bantuan kewangan kepada
    persatuan-persatuanOrang Kurang Upaya yang memerlukansokongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.