Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

126) GOLONGAN PETANI DAN NELAYAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan petani, nelayan dan rakyat keseluruhannya yang berdepan dengan isu kos sara hidup yang tinggi mutahir ini?

    Sebagai sebuah negeri yang prihatin, golongan petani, penternak dan nelayan tidak pernah dilupakan untuk membantu mereka meningkatkan hasil dan seterusnya boleh meningkatkan pendapatan mereka.

    Bagi tujuan tersebut, beberapa langkah telahpun diambil untuk dilaksanakan berteraskan kepada Dasar Pertanian Selangor iaitu :-

    1. Pertanian Bernilai Tinggi;
    2. Pemodenan Pertanian;
    3. Pemasaran;
    4. Pembangunan Agropreneur; dan
    5. Agro Pelancongan.

     

    Melalui pelaksanaan dasar tersebut, golongan pengusaha di sektor pertanian akan diberikan insentif atau bantuan bagi meringankan beban mereka seperti bantuan peralatan, input-input pertanian dan baka ternakan.

    Di bawah Program Pemasaran pula terdapat Program Selangor Agro Market atau SAM yang mana objektif utama pelaksanaan program tersebut adalah untuk memastikan hasil golongan pengusaha sektor pertanian dapat dijual secara terus kepada pengguna pada harga yang lebih tinggi daripada jualan kepada orang tengah dan dalam masa yang sama, penggunaan akan dapat membeli pada yang lebih rendah.

    Dalam pada itu, bagi memastikan dasar tersebut dapat dicapai, satu garis panduan telah telah diwujudkan iaitu Pelan Trasformasi Pertanian Agro Selangor atau PeTA yang merangkumi 6 perkara penting iaitu:

    1. Dasar Pertanian Negeri Selangor;
    2. Sasaran;
    3. Inisiatif;
    4. Sumber;
    5. Gari Masa (Timeline); dan
    6. Peruntukan

Lampiran

Tiada Lampiran.