Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

12) GOLONGAN PETANI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk program dan bantuan untuk membantu para petani Selangor meningkatkan pendapatan mereka?

    Jabatan Pertanian menyediakan pelbagai bentuk program mengikut jenis tanaman dan teknologi yang sesuai kepada petani. Petani boleh mendapat bantuan bagi tanaman padi, sayur, buah, kelapa, herba, cendawan, bunga, ternakan lebah dan industri asas tani. Program-program ini menyediakan bantuan dalam bentuk subsidi input pertanian seperti baja dan peralatan pertanian. Di samping itu juga, Jabatan Pertanian menyediakan kursus dan latihan kepada petani bagi meningkatkan kemahiran dan mengembangkan teknologi bagi tujuan meningkatkan hasil dan pendapatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.