Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

232) GRADUAN MENGANGGUR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil di Institut pengajian tinggi khususnya di UNISEL untuk melengkapi mahasiswa-mahasiswi

    Dalam melengkapi mahasiswa – mahasiswi di UNISEL khususnya agar dapat memberi saingan yang seiring di alam pekerjaan kelak, berbagai langkah telah pun diambil. Antaranya:-

    1. Menyediakan Latihan Industri di antara 4 hingga 6 bulan di samping mempelajari teori di kelas dan amali di makmal-makmal, pelajar-pelajar juga diberi tugasan yang memerlukan lawatan keluar atau terus menemui masyarakat untuk melihat masalah sebenar masyarakat.
    2. Penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum melalui persatuan dan kelab bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, sosial dan memantapkan ciri- ciri kepimpinan dan keusahawanan.
    3. Menganjurkan Expo Kerjaya ; yang mana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia pekerjaan dengan secara meluas. Di dalam expo ini pelajar akan mendapat pendedahan terhadap berbagai-bagai jenis syarikat dari peringkat tempatan sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Sesi temu duga yang diselitkan juga akan memberi fokus awal pelajar bagaimana untuk menghadapinya dengan baik.
    4. Menganjurkan seminar dan ceramah bagi mendedahkan aspek-aspek keusahawanan dan dunia pekerjaan dengan lebih meluas.
    5. Mewujudkan rangkaian universiti industri yang kukuh dengan BCI (Business Development Consultancy and Industrial Linkages). Kini UNISEL telah mengadakan hubungan kerjasama dengan lebih 1000 syarikat luar.

Lampiran

Tiada Lampiran.