Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

18) GRADUATE EMPLOYABILITY ENHANCEMENT PROGRAMME (GEEP)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keberhasilan GEEP?

    Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Negeri Selangor 2016 berlandaskan konsep Membangun Smart Selangor Yang Peduli, telah melahirkan hasrat untuk membina satu sistem pendidikan-sehingga-pencapaian kerjaya bagi memastikan graduan di Selangor mempunyai kebolehpasaran dalam bidang pekerjaan.

    Dalam hal ini, Programme On Graduate Employability Enhancement For SMART Selangor (PROGRESS) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 1 Januari 2016 yang dilaksanakan oleh syarikat Irshad HR Consulting Sdn. Bhd. (IRSHAD) dengan kos program sebanyak RM RM1,503,292.00. Program ini yang dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Inggeris merupakan sebuah projek perintis bertujuan menyediakan graduan terpilih dengan pengalaman dan kemahiran terutama soft skill untuk membantu kebolehpasaran graduan ini mendapat peluang pekerjaan.

    Program ini akan mensasarkan seramai 100 graduan yang akan dipilih oleh pihak IRSHAD untuk dilatih dalam tempoh selama 7 bulan (1 bulan pembelajaran dalam kelas dan 6 bulan Internship Program). Kriteria pemilihan graduan adalah seperti berikut:

    • Warganegera Malaysia;
    • Lahir di Selangor;
    • Berumur di bawah 27 tahun;
    • Graduan Ijazah Sarjana Muda IPT dengan CGPA 2.0 ke atas; dan
    • Tidak bekerja sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh menamatkan pengajian.

    Sehingga Julai 2016, status semasa pelaksanaan PROGRESS  adalah seperti berikut:

    Bil Perkara Bilangan Pelatih
    1. Telah mendapat pekerjaan 37
    2. Melanjutkan pelajaran 1
    3. Menjalani latihan lapangan di syarikat terpilih 56
    4. Dalam proses penempatan latihan lapangan 6
      JUMLAH 100

    Perincian adalah seperti di LAMPIRAN A.

Lampiran

Tiada Lampiran.