Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

70) GRANT PERUNTUKAN KEMAHIRAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri pernah menyatakan peruntukan grant kemahiran belia. Ke manakah peruntukan ini akan disalurkan?

    Belia merupakan aset yang paling berharga di dalam memaju dan membangunkan negeri Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan geran kepada program-program kemahiran belia untuk meningkatkan tahap kemahiran para belia Negeri Selangor. Tujuan program kemahiran ini diadakan adalah bagi memenuhi kehendak pasaran untuk mendapatkan tenaga kerja separuh atau penuh mahir seterusnya dapat menangani masalah pengangguran khususnya.

     

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 2 juta kepada INPENS bagi melaksanakan Program Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal kepada para belia yang berminat. Selain daripada itu, Yayasan Selangor juga dipilih sebagai pelaksana bagi program Pembangunan Belia bagi tujuan membangunkan belia di negeri Selangor. Pada tahun ini, Yayasan Selangor telah membangunkan lebih daripada 900 belia dengan memfokuskan tiga kategori iaitu akademik serta kemahiran, keusahawanan dan kerjaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.