GRED PREMIS BERSIH

46) GRED PREMIS BERSIH

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri masih meneruskan program pengredan premis bersih ?

    Program Penggredan Premis Bersih masih diteruskan bagi mengekang masalah penyakit bawaan makanan dan air seperti keracunan makanan, tifoid, kolera, disenteri dan Hepatitis A. Melalui Penggredan Premis Makanan, pemeriksaan premis akan diberikan sijil penarafan Gred berdasarkan 3 bentuk pengiktirafan iaitu:
    Pengiktirafan Premis Penarafan GRED Julat Pemarkahan
    AMAT BERSIH
    A
    86 – 100
    BERSIH
    B
    71 – 85
    KURANG BERSIH
    C
    51 – 70
    Bagi premis yang mendapat markah 50% dan ke bawah, tindakan susulan akan diadakan yang boleh membawa kepada PENUTUPAN PREMIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.