Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

181) GST

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan cukai GST terbukti telah amat membebankan rakyat berpendapatan rendah di Selangor, adakah kerajaan bercadang untuk menyerap semua atau sebahagian cukai GST yang dibayar dikenakan terhadap rakyat Selangor atas semua atau sebahagian perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor?

    Pada ketika ini, jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri  tidak  mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atas apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan kerana seluruh perkhidmatan jabatan tersebut adalah di luar skop kenaan GST. Perkara ini selaras dengan Seksyen 64, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 berhubung “Ketidakpakaian Terhadap Kerajaan” atau Non-Application to Government. Sungguhpun begitu, cukai GST dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu yang ditawarkan oleh oleh  Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor kecuali perkhidmatan yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pengawalseliaan.

     

    Sebagai makluman, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke 20/2015 yang bersidang pada 24 Jun 2015 (telah disahkan oleh mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Ke 21/2015 pada 1 Julai 2015) bersetuju untuk tidak mempertimbangkan cadangan menyerap Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor kerana ianya bertentangan dengan prinsip Kerajaan Negeri yang telah memutuskan bahawa GST adalah tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sehingga elemen ketirisan diselesaikan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Selaras dengan itu, dasar yang sama adalah terpakai untuk semua Badan Berkanun Negeri di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.